Selasa, 20 Jun 2017 | 1:20pm

Cukai Pelancongan: Sarawak putuskan Khamis ini

AMAR Abang Johari Tun Openg menghadiri mesyuarat di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh.
AMAR Abang Johari Tun Openg menghadiri mesyuarat di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh.

MIRI: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan keputusan rasmi kerajaan negeri berhubung isu Cukai Pelancongan pada mesyuarat Kabinet negeri Khamis ini. 

Bercakap kepada pemberita ketika melawat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh, beliau berkata, keputusan berkenan akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet sebelum diumumkan.

"Saya akan beritahu keputusan itu pada mesyuarat Kabinet Khamis ini. Sabar dan tunggu hingga saya umumkan," katanya.

Sebelum ini, Abang Johari sudah pun mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putra Perdana berhubung isu itu.

Ia termasuk bagi menyelesaikan isu perselisihan pendapat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Ketika lawatan sama, beliau turut mengumumkan peruntukan RM300,000 bagi menaik taraf kemudahan yang terdapat di kompleks itu.

Berita Harian X