Sabtu, 10 Jun 2017 | 10:27pm

PM tarawih di Sungai Sayong

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Felda Sungai Sayong, Kulai. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Felda Sungai Sayong, Kulai. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

KULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyertai kira-kira 400 jemaah Felda Sungai Sayong menunaikan solat berjemaah Isyak dan tarawih di Masjid Jamek Ar-Ridhwan, Felda Sungai Sayong di sini, malam ini.

Turut menunaikan solat berkenaan ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Solat berkenaan diimamkan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi, Muhammad Shariffuddin Salleh.

Terdahulu, Perdana Menteri menyertai kira-kira 5,000 orang merangkumi peneroka FELDA, kakitangan FELDA dan jemputan kerajaan negeri berbuka puasa pada majlis Sambutan Ihya Rahmat Ramadan FELDA peringkat kebangsaan.

Najib turut meluangkan masa melawat Projek Perumahan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia yang dilaksanakan secara kerjasama antara FELDA dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). - BERNAMA

Berita Harian X