Ahad, 28 Mei 2017 | 10:26pm

TPM tunai tarawih bersama 2,000 penduduk

AHMAD Zahid dan Ahmad Razif menunaikan solat Isyak dan tarawih bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di Kuala Terengganu, malam ini. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
AHMAD Zahid dan Ahmad Razif menunaikan solat Isyak dan tarawih bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di Kuala Terengganu, malam ini. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Isyak dan tarawih bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar di sini, malam ini.

Timbalan Perdana Menteri tiba kira-kira jam 8.30 malam diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, dan disambut Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Ahmad Zahid menunaikan solat Isyak dan tarawih yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid negeri, Aizi Saidi Abd Aziz.

Timbalan Perdana Menteri kemudian menyertai hadirin menikmati moreh dengan juadah pulut panggang dan bubur pulut hitam.

Terengganu adalah negeri pertama dikunjungi Ahmad Zahid untuk berbuka puasa sempena Program Penerapan Nilai Murni di bulan Ramadan, selepas mengumumkan akan ke setiap negeri bagi majlis berbuka puasa bersama rakyat.

Berita Harian X