Khamis, 27 April 2017 | 6:08pm

PM tiba di Manila

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-30, bermula esok. - Foto AFP**276530
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-30, bermula esok. - Foto AFP**276530

MANILA: Datuk Seri Najib Razak tiba di sini, sebentar tadi, bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-30, bermula esok.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) disambut oleh Penasihat Presiden Bagi Proses Rundingan Damai Filipina, Jesus F Dureza.

Hadir sama, Duta Malaysia ke Filipina, Datuk Raszlan Abdul Rashid dan Duta Filipina ke Malaysia, Charles Jose.

Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-30 bertemakan 'Perkongsian Bagi Perubahan, Mendepani Cabaran Dunia' dijadual dirasmikan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC), pagi esok.

Perdana Menteri juga akan menghadiri beberapa sidang kemuncak berkaitan, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatan dari rantau ini.

Berita Harian X