Selasa, 11 April 2017 | 11:18pm

NSTP rangkul tiga anugerah UniSZA

FAIZUL Azlan Razak (kiri) bersama Rozainah Zakaria (tengah) dan Ahmad Rabiul Zulkifli (kanan) pada majlis Malam Anugerah Kewartawanan UnisSZA 2017 di Primula Beach Resort. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
FAIZUL Azlan Razak (kiri) bersama Rozainah Zakaria (tengah) dan Ahmad Rabiul Zulkifli (kanan) pada majlis Malam Anugerah Kewartawanan UnisSZA 2017 di Primula Beach Resort. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: The News Straits Times Press (NSTP) terus unggul apabila merangkul tiga anugerah pada Malam Anugerah Kewartawanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), malam ini.

Wartawan sambilan BH, Faizul Azlan Razak merangkul Anugerah Penulisan Berita Terbaik (Bahasa Malaysia) Kategori Komuniti menerusi tajuk berita 'Melakar Kenangan di Kampung Orang Asli'.

Turut mengungguli Anugerah Penulisan Berita Terbaik (Bahasa Malaysia) Kategori Penyelidikan adalah wartawan sambilan Harian Metro (HM), Ahmad Rabiul Zulkifli.

Jurugambar NSTP, Rozainah Zakaria, pula merangkul Anugerah Foto Berita Terbaik dalam kategori Komuniti menerusi gambar bertajuk 'UniSZA Manfaat Kemudahan Infrastruktur Tanah' yang dipaparkan di BH.

Setiap pemenang membawa pulang sijil penghargaan dan sagu hati RM500.

Pada majlis itu, UniSZA turut menyampaikan Anugerah Belangsukawa kepada keluarga bekas wartawan sambilan NST, Zainuddin Mohammad, yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada Januari lalu.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Profesor Datuk Dr Kamaruddin Hussin dan Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latiff.

Berita Harian X