Sabtu, 4 March 2017 | 8:59pm

PM, isteri hadiri majlis perkahwinan anak Nasir Sakaran

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri majlis perkahwinan anak pemangku Ketua UMNO Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran di Magellan Sutera Harbour Resort, di Kota Kinabalu. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan bekas Ahli Parlimen Sipitang merangkap pemangku Pengerusi MARA, Datuk Dr Yusof Yaacob yang juga bapa pengantin perempuan. - Foto Edmund Samunting

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menghadiri majlis perkahwinan anak pemangku Ketua UMNO Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran, di Magellan Sutera Harbour Resort di sini, malam ini.

Kehadiran Perdana Menteri pada kira-kira jam 8.20 malam tadi disambut Nasir yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO).

Sejurus tiba, Najib dan isteri dengan diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin serta Nasir menemui mempelai, Ahmad Marzuki Nasir serta pasangannya, Dr Nazahtul Dr Yusof.

Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Ahli Parlimen Sipitang merangkap pemangku Pengerusi MARA, Datuk Dr Yusof Yaacob yang juga bapa pengantin perempuan.

Kira-kira 900 jemputan menghadiri majlis berkenaan.

Ahmad Marzuki juga adalah pemangku Ketua Pemuda UMNO Semporna.

Petang tadi, Najib membuat tinjauan mesra di Tamu Putatan, dekat sini, manakala jadual pagi dipenuhi dengan majlis pelancaran projek Lebuh Raya Pan Borneo bagi jajaran Sindumin-Kampung Melalia di pekan Sindumin, Sipitang.

Perdana Menteri dijadual berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat khas, malam ini.

Berita Harian X