Sabtu, 25 Februari 2017 | 7:20pm
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Ekspo Pelancongan Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mines, Seri Kembangan. Turut kelihatan, Presiden Malaysian Inbound Tourism Association (MITA), Uzaidi Udanis (tiga dari kiri). - Foto Asyraf Hamzah

Buka pusat proses visa kelima di China

SERI KEMBANGAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan meluluskan pembukaan Pusat Sehenti Visa yang kelima di China iaitu di Xiamen, Fujian dengan serta merta.

Ketika ini, Pusat Sehenti Visa lain di China ialah di Shanghai, Beijing, Guangzhou dan Kunming.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau berharap dengan pembukaan pusat sehenti itu akan mampu menarik sehingga sejuta pelancong dari wilayah itu ke Malaysia pada tahun ini.

Sehubungan itu katanya, beliau akan mengarahkan Jabatan Imigresen dan vendor berkenaan untuk melaksanakan arahan terbabit dengan segera.

"Di samping itu juga, saya ingin mengumumkan bahawa saya bersetuju untuk mengarahkan pihak vendor untuk membuka pusat sehenti lain di bandar sedang membangun di seluruh China bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong negara itu ke Malaysia.

"Saya harap, apabila perluasan ini dilakukan, ia tidak akan disalahgunakan. Kita tidak akan berkompromi dari segi keselamatan dan menjaga kesejahteraan sosial di Malaysia.

"Kita mahu mereka (pelancong) datang untuk berbelanja, membeli atau menikmati produk pelancongan kita. Bukan datang ke Malaysia untuk bekerja di lewat malam atau di tempat yang akhirnya mereka membawa duit keluar dari Malaysia ke negara mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pameran pelancongan Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir Presiden MITA, Uzaidi Udanis.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada MITA bagi membantu mereka menganjurkan pameran itu dengan lebih hebat pada tahun depan.

Katanya, beliau juga mencabar penganjur supaya menarik lebih ramai penyertaan pempamer di pameran itu tahun depan iaitu 1,000 pempamer berbanding 650 tahun ini.

"Dengan bantuan peruntukan daripada kerajaan ini, kita juga berharap dapat membantu MITA mengurangkan lagi harga sewa tapak di pameran mereka, sekali gus menarik lebih banyak penyertaan, katanya.

Berita Harian X