Sabtu, 18 Februari 2017 | 11:38am
SULTANAH Kedah selaku Canselor MSU, Tuanku Hajah Haminah Haji Hamidun menyampaikan Ijazah Doktor Kehormat Dalam Perubatan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kiri) bersempena Majlis Konvokesyen ke-20 MSU di Management & Science University (MSU) Shah Alam. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

KP Kesihatan terima doktor kehormat MSU

SHAH ALAM: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerima penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Dalam Perubatan daripada Management and Science University (MSU), bersempena Majlis Konvokesyen ke-20 MSU di sini, hari ini.

DATUK Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Nurul Shafina Jemenon
DATUK Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto Nurul Shafina Jemenon

Penyerahan penganugerahan itu disempurnakan Sultanah Kedah selaku Canselor MSU, Tuanku Hajah Haminah Hamidun. Yang turut hadir, Naib Canselor MSU, Prof Puan Sri Dr Junainah Abd Hamid.

Penganugerahan terbabit adalah pengiktirafan terhadap peranan Dr Noor Hisham sebagai pakar bedah.

Penganugerahan itu juga bagi menghargai khidmat beliau yang menyumbang kepada perkembangan dan inovasi bidang pendidikan perubatan tempatan serta antarabangsa.

Dr Noor Hisham berkata, penganugerahan itu bermakna kerana ia mengiktiraf kejayaan bidang perkhidmatan kesihatan negara.

"Kejayaan ini umpama pengiktirafan kepada kecemerlangan bidang perkhidmatan kesihatan Malaysia, selain dorongan untuk terus meningkatkan tahap pembangunan bidang perubatan.

"Selama ini, sudah banyak kejayaan kita peroleh, termasuk dilihat sebagai sebuah negara yang memiliki sistem perubatan berkualiti," katanya ketika berucap pada majlis konvokesyen itu di Dewan Canselor MSU.

Majlis konvokesyen itu berlangsung hari ini dan esok membabitkan 2,105 graduan.

Berita Harian X