Rabu, 15 Februari 2017 | 1:58pm

Polis izin perhimpunan RUU355

KETUA Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman. - Foto Supian Ahmad
KETUA Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman. - Foto Supian Ahmad

KUALA LUMPUR: Polis hari ini memberi kelulusan perhimpunan aman Rang Undang-Undang 355 (RUU355) diadakan di Padang Merbok di sini, 18 Februari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata perhimpunan akan diadakan mulai jam 3 petang hingga 12 tengah malam.

"Kita akan menempatkan anggota secukupnya bagi mengawal keadaan di lokasi berkenaan.

"Beberapa jalan akan ditutup sepanjang perhimpunan berlangsung bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kawasan terbabit adalah Dataran Merdeka dan sebahagian Jalan Parlimen ditutup pada hari berkenaan.

"Pihak polis berharap pihak penganjur dan peserta perhimpunan mematuhi peraturan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dan arahan oleh pihak polis," katanya.

Berita Harian X