Jumaat, 27 Januari 2017 | 8:42pm

Kit Siang tidak pernah hubungi UMNO untuk kerjasama - Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang tidak pernah menghubungi UMNO bagi tujuan menjalinkan kerjasama, kata Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak tahu. Beliau (Kit Siang) tidak menghubungi kami. Itu hanya kenyataan dia sahaja," kata Presiden UMNO itu ketika menjawab soalan pemberita mengenai kesediaan Kit Siang untuk bekerjasama dengan UMNO.

Najib bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini hari ini.

Tiga hari lalu media tempatan melaporkan bahawa Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP bersedia untuk berbincang dengan pemimpin kanan MCA, GERAKAN dan Najib kononnya bagi tujuan kerjasama menyelamatkan Malaysia.

Pada masa yang sama Kit Siang juga dilaporkan menyatakan kesediaan berjumpa pemimpin MCA dan GERAKAN dalam tempoh 72 jam sambil bertanya adakah kedua-dua pemimpin parti tersebut perlu mendapat kebenaran UMNO terlebih dahulu sebelum dapat bertindak. - BERNAMA

Berita Harian X