Rabu, 25 Januari 2017 | 1:05pm

Permaisuri Johor lawat mangsa banjir di Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Kota Kecil, di sini hari ini. 

Baginda diiringi isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, iaitu Che' Puan Khaleeda Bustamam. 

Ketibaan baginda pada jam 12.15 tengah hari disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Ariff dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Dr Badrul Hisham Kassim. 

PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersama Che Puan Khaleeda Bustamam dan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Ariff dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Dr Badrul Hisham Kassim, melawat mangsa banjir yang telah dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kota Kechil, Kota Tinggi. -Foto NSTP Mohd Azren Jamaludin

Raja Zarith Sofiah turut bersalaman dan beramah mesra dengan mangsa banjir di pusat berkenaan sebelum berkenan menyampaikan bantuan barangan keperluan harian kepada mangsa banjir di pusat berkenaan. 

Baginda yang meluangkan masa hampir 40 minit kemudian berangkat pulang pada jam 12.50 tengah hari.

Berita Harian X