Rabu, 25 Januari 2017 | 10:53am

Bilangan mangsa banjir di Kelantan berkurangan

gn4id:18604768

KOTA BHARU: Bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan di negeri ini berkurangan kepada 128 orang, pada jam 10 pagi ini.

Semua mangsa banjir membabitkan 28 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di empat daerah.

Mengikut portal eBanjir Kelantan, daerah Pasir Puteh merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 44 mangsa diikuti Kota Bharu membabitkan 43 orang.

 ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysiabersama Anggota Bomba dan Penyelamat bergotong royong membersih kawasan sekolah berikutan air banjir semakin surut ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Tiong. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysiabersama Anggota Bomba dan Penyelamat bergotong royong membersih kawasan sekolah berikutan air banjir semakin surut ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Tiong. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Lain-lain daerah adalah Pasir Mas yang mencatatkan seramai 27 mangsa manakala di Kuala Krai seramai 14 mangsa.

Pusat pemindahan di Machang, Tanah Merah, Tumpat serta Bachok sudah ditutup.

Sementara itu, lapan laluan masih lagi ditutup untuk lalu lintas iaitu lima di Pasir Mas, dua di Pasir Puteh dan satu di Gua Musang. Lima sungai di negeri ini pula masih mencatatkan bacaan paras amaran dan bahaya manakala sungai lain kembali normal.

Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan 9.22 meter (m) iaitu pada tahap bahaya berbanding paras normal 5m manakala Sungai Galas di Dabong mencatatkan bacaan paras amaran iaitu 37.27m berbanding paras normal 28m.

Berita Harian X