Ahad, 22 Januari 2017 | 10:09am
KEADAAN banjir di Kelantan. - Foto BERNAMA
KEADAAN banjir di Kelantan. - Foto BERNAMA

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 10,753 orang, membabitkan 3,031 keluarga di 67 PPS di tujuh daerah.

Menurut portal eBanjir Kelantan, daerah Kota Bharu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,927 orang yang ditempatkan di 26 PPS, diikuti Pasir Mas membabitkan 2,078 orang di 21 PPS.

Lain-lain daerah adalah Bachok seramai 425 orang, Pasir Puteh (1,825), Machang (196), Tanah Merah (64) dan Tumpat (1,238).

Sementara itu, 24 laluan ditutup iaitu empat laluan di Machang, sembilan di Pasir Mas, lapan di Pasir Puteh, satu di Bachok dan dua di Kota Bharu.

Sehingga jam 7 pagi tadi, beberapa sungai utama di negeri ini berada pada paras amaran serta bahaya.

Antara sungai yang berada pada paras berjaga-jaga termasuk Sungai Kelantan di Kusial iaitu 13.51 meter (m) berbanding paras normal 10m manakala Sungai Golok di Jenob adalah 21.91m berbanding paras normal 19m serta Sungai Semerak di Pasir Puteh iaitu 2.45m berbanding paras normal 0.4m.

Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan 9.93m iaitu pada tahap bahaya berbanding paras normal 5m manakala Sungai Golok di Kuala Jambu turut mencatatkan bacaan paras bahaya iaitu 2.83m berbanding paras normal 0.7m.

Berita Harian X