Sabtu, 7 Januari 2017 | 3:19pm

Graduan KV tumpu pasaran kerja

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan belum berhasrat melakukan penstrukturan semula program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) bagi memudahkan graduannya melanjutkan pengajian terus ke universiti awam (UA) tanpa perlu menunggu tempoh dua tahun seperti ditetapkan sekarang.

Timbalan Menterinya, Datuk P Kamalanathan, berkata program berkenaan diperkenalkan bagi memudahkan graduan memperoleh pekerjaan, bukan melanjutkan pengajian.

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan. - Foto Mohd Fadli Hamzah
TIMBALAN Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan. - Foto Mohd Fadli Hamzah

"Tempoh dua tahun ditetapkan kepada graduan yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dan memenuhi kriteria pengalaman kerja sekurang-kurangnya atau mendapat Sijil Program Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) bukanlah tempoh yang lama.

"Sehingga kini, usaha itu membuahkan hasil apabila lebih 80 peratus pelajar yang mengikuti kursus DV sudah mendapat pekerjaan," katanya.

Beliau mengulas mengulas laporan akhbar ini mengenai isu lepasan Kolej Vokasional (KV) tidak boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda walaupun memiliki DVM merana UA tidak mengiktiraf diploma terbabit.

Terdahulu, beliau merasmikan Pameran Pendidikan The Star di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mengenai ketidaktentuan ekonomi global terhadap peluang pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke luar negara, Kamalanathan berkata, ia tidak memberi kesan kerana banyak universiti dan kolej antarabangsa membuka cawangan di negara ini.

Berita Harian X