Khamis, 29 Disember 2016 | 5:02pm

FELDA Wilayah JB sumbang Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima

PENGURUS Besar FELDA Wilayah Johor Bahru, Datuk Saari Din (tengah) menyerahkan mock cek berjumlah RM73,112.60 untuk Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima kepada Ketua Biro New Straits Times Johor, Ahmad Fairuz Othman (kanan) sambil di perhatikan Datin Jaliah Hassan ( dua dari kiri | serta pegawai dan ahli Puspanita di pejabat FELDA Wilayah Johor Bahru. - Foto Zain Ahmed
PENGURUS Besar FELDA Wilayah Johor Bahru, Datuk Saari Din (tengah) menyerahkan mock cek berjumlah RM73,112.60 untuk Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima kepada Ketua Biro New Straits Times Johor, Ahmad Fairuz Othman (kanan) sambil di perhatikan Datin Jaliah Hassan ( dua dari kiri | serta pegawai dan ahli Puspanita di pejabat FELDA Wilayah Johor Bahru. - Foto Zain Ahmed

JOHOR BAHRU: FELDA Wilayah Johor Bahru, hari ini menyampaikan sumbangan RM73,112.60 kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima sebagai tanda prihatin bagi membantu etnik itu.

Pengurus Besarnya, Datuk Saari Din, berkata kutipan itu hasil sumbangan 17,000 kakitangan dan peneroka FELDA membabitkan 41 tanah rancangan di seluruh Johor yang dilaksanakan sejak 5 Disember lalu. 

"Pihak pengurusan FELDA Wilayah Johor dengan kerjasama pemimpin peneroka dapat mengumpulkan sumbangan berkenaan dalam tempoh tiga minggu untuk membantu etnik Rohingya. 

"Dengan kerjasama baik yang diperoleh daripada akar umbi, kita dapat mengumpulkan dana dalam tempoh singkat bagi membantu meringankan beban dan penderitaan ditanggung masyarakat Islam Rohingya di Myanmar," katanya selepas majlis berkenaan di sini, hari ini. 

Terdahulu, Saari menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Ketua Biro New Straits Times (NST) Johor, Ahmad Fairoz Othman pada majlis di Pejabat FELDA Wilayah Johor Bahru di sini. 

Penubuhan tabung itu bertujuan meringankan beban etnik Rohingya di samping menyatukan masyarakat di negara ini tanpa mengira agama, bangsa atau fahaman politik untuk sama-sama menghulurkan sumbangan. 

Orang ramai boleh memberi sumbangan kepada akaun 5642-7652-2630 (Maybank), Maybank2u.com, pindahan wang melalui ATM, talian perbankan Kawanku, deposit tunai dan deposit cek di mesin Maybank serta kaunter Maybank. 

Sumbangan melalui cek atas nama Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima boleh dibuat di Jabatan Komunikasi Korporat Media Prima di Tingkat 1, Anjung Riong, 31 Balai Berita, Jalan Riong 59100, Bangsar, Kuala Lumpur. 

Maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 03-2724 8959/8957 atau layari www.mediaprima.com.my/donate-for-rohingya.

Berita Harian X