Khamis, 15 Disember 2016 | 1:12pm
PANGLIMA Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin diraikan dalam penuh adat istiadat ketenteraan pada Majlis Perbarisan Penghargaan PAT ke-18 sempena persaraan beliau di Dataran Panglima Tentera Darat (PTD), Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini. - Foto Azhar Ramli

PAT dirai penuh adat ketenteraan

PANGLIMA Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bersama isteri, Puan Sri Umi Kalsom Wan Awang. - Foto Azhar Ramli
PANGLIMA Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bersama isteri, Puan Sri Umi Kalsom Wan Awang. - Foto Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, diraikan dalam penuh adat istiadat ketenteraan pada Majlis Perbarisan Penghargaan PAT ke-18 sempena persaraan beliau di Dataran Panglima Tentera Darat (PTD), Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Beliau yang tiba pada jam 8.30 pagi bersama isteri, Puan Sri Umi Kalsom Wan Awang, diberi tabik hormat dengan diiringi terbang lintas hormat oleh empat helikopter membawa bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Zulkifeli seterusnya memeriksa perbarisan dengan diikuti perbarisan berjalan membabitkan 33 pegawai dan 538 anggota lain-lain pangkat serta 15 panji-panji Rejimen.

Acara berakhir dengan persembahan 'street lining' bermula dari Kompleks 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) hingga ke Wisma Pegawai Tentera Darat, sebagai penghormatan kepada PAT ke-18 sebelum beliau meninggalkan lokasi majlis menaiki helikopter, jam 11.15 pagi tadi.

PANGLIMA Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika berucap pada Majlis Perbarisan Penghargaan PAT ke-18. - Foto Azhar Ramli
PANGLIMA Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika berucap pada Majlis Perbarisan Penghargaan PAT ke-18. - Foto Azhar Ramli

Terdahulu, Zulkifeli dalam ucapannya, meminta warga ATM terus meningkatkan mutu perkhidmatan dengan jujur dan ikhlas kerana ia adalah asas utama dalam membina kegemilangan organisasi.

Beliau juga mahu mereka meneruskan kecemerlangan ATM dengan menghayati nilai sejarah dan pengorbanan pejuang terdahulu demi kelangsungan keunggulan serta profesionalisme angkatan.

"Jadikan pengalaman dilalui sebagai iktibar dan teladan. Jangan campur adukkan kepentingan peribadi dalam perkhidmatan dan jangan biarkan ia mengatasi kepentingan organisasi atau institusi.

"Jangan menghampakan usaha pahlawan terdahulu yang merintis jalan dan memasang pacak tiang sangga hingga ATM mampu berdiri kukuh seperti mana hari ini," katanya.

JENERAL Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang berada dalam ATM sejak 44 tahun lalu, adalah Panglima Tentera Darat (PTD) ke-25 sebelum dilantik sebagai PAT ke-18 pada 15 Jun 2011. - Foto Azhar Ramli
JENERAL Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang berada dalam ATM sejak 44 tahun lalu, adalah Panglima Tentera Darat (PTD) ke-25 sebelum dilantik sebagai PAT ke-18 pada 15 Jun 2011. - Foto Azhar Ramli

Zulkifeli yang berada dalam ATM sejak 44 tahun lalu, adalah Panglima Tentera Darat (PTD) ke-25 sebelum dilantik sebagai PAT ke-18 pada 15 Jun 2011.

Beliau akan bercuti selama enam bulan sebelum bersara wajib pada Jun 2017.

Tempat beliau akan diambil alih oleh PTD, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor selaku PAT ke-19.

Berita Harian X