Sabtu, 10 Disember 2016 | 1:12pm

Gempa Aceh, ATM sedia hulur bantuan

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyampaikan Anugerah Pegawai Kadet Graduan Terbaik Keseluruhan Tentera Darat Malaysia kepada Muhammad Syaif Hanippudin sempena Perbarisan Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Malaysia di Kolej Pegawai, Akademi Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson. - Foto NSTP/Iqmal Haqim Rosman

PORT DICKSON: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghulurkan bantuan kepada Indonesia, susulan gempa bumi yang melanda Aceh di utara Sumatera, Rabu lalu.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pihaknya menyediakan sebuah pesawat lengkap dengan bekalan perubatan, untuk diterbangkan pada bila-bila masa ke kawasan bencana.

Bagaimanapun, katanya, pihak berkuasa Indonesia memaklumkan mereka masih boleh mengawal keadaan dan ketika ini belum memerlukan bantuan ATM.

"Tetapi jika memerlukan bantuan, mereka akan menghubungi segera ATM terutama jika keadaan semakin buruk," katanya pada sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Kadet Graduan ATM di Akademi Tentera Darat di sini, hari ini.

Seramai 101 orang iaitu 45 Pegawai Kadet Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) (18) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) (38) tamat latihan selama sembilan bulan di Akademi Tentera Darat, Pangkalan TLDM Lumut, Perak dan Kolej Tentera Udara di Alor Setar, Kedah.

Rabu lalu, gempa bumi bermagnitud 6.5 yang melanda bandar Pidie Jaya, Aceh, mengorbankan seramai 102 nyawa dan lebih 500 orang cedera dalam kejadian itu.

Berita Harian X