Rabu, 7 Disember 2016 | 4:26pm
Raja Mohamad Affandi meneliti nama seorang anggota TDM yang sama nama dengannya.
Raja Mohamad Affandi meneliti nama seorang anggota TDM yang sama nama dengannya.

Panglima Tentera Darat diraikan di Muara Tuang

Raja Mohamad Affandi beramah mesra dengan anggota TDM pada majlis di Kem Muara Tuang hari ini.
Raja Mohamad Affandi beramah mesra dengan anggota TDM pada majlis di Kem Muara Tuang hari ini.

SAMARAHAN: Lebih 2,000 pegawai dan anggota Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD), meraikan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamad Affandi Raja Mohamed Noor, yang mengunjungi Kem Muara Tuang di sini, hari ini.

Kunjungan itu adalah yang terakhir buat Raja Mohamad Affandi selaku Panglima Tentera Darat, sebelum beliau menerajui Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut hadir, Panglima Medan Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar; Panglima 1 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw; Panglima Angkatan Tugas 450, Mejar Jeneral  Datuk Zulkapri Rahmat serta Ketua Staf Markas TDM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal serta semua panglima formasi Briged dalam kawasan PMTTD.

Pada kunjungan itu, beliau beramah mesra dan makan tengah hari bersama anggota di Dataran Kem Muara Tuang, di sini.

Raja Mohamad Affandi yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 15 Jun 2013 dijadual mengambil alih jawatan Panglima ATM daripada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pertengahan bulan ini.

Berita Harian X