Sabtu, 3 Disember 2016 | 7:41pm
 ZAINAB Zainuddin, dari Lambo Kanan, Perak pengunjung yang ke 500 ribu MAHA memenangi sebuah Tv pada 'Malaysia Ariculture, Horticulture & Agrotourism' (MAHA) 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), Serdang. - Foto Rosela Ismail

MAHA2016: Suri rumah pengunjung ke-500,000

ZAINAB Zainuddin. - Foto Rosela Ismail
ZAINAB Zainuddin. - Foto Rosela Ismail

SERDANG: Kesedihan seorang suri rumah, Zainab Zainuddin, yang kehilangan suami selepas pulang menunaikan fardu haji beberapa bulan lalu, mungkin sedikit terubat apabila dipilih sebagai pengunjung ke-500,000 Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian 2016 (MAHA2016).

Zainab, 65 dari Lambor Kanan, Parit, Perak, berjaya membawa pulang sebuah televisyen 42 inci.

"Sudah lama saya teringin hendak ke MAHA dan kali ini saya datang bersama 40 orang ahli petububuhan peladang di kawasan saya. Tak sangka pula boleh menang hadiah.

"Tak pernah lagi saya dapat hadiah besar macam ni dan rasa sangat gembira," kata ibu kepada tujuh orang anak itu.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar, berkata, MAHA2016 yang memasuki hari ketiga berjaya mencatat kehadiran pengunjung melebihi 600,000 orang.

Jumlah kehadiran itu jauh lebih tinggi berbanding hari yang sama pada penganjuran MAHA2014.

Berita Harian X