Isnin, 28 November 2016 | 11:27am

TLDM rai Zulkifeli

ZULKEFLI memeriksa kawalan kehormatan Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini. - Foto L Manimaran
ZULKEFLI memeriksa kawalan kehormatan Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini. - Foto L Manimaran

LUMUT: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin, yang akan bersara wajib pada 16 Disember ini diraikan dalam Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, pagi ini.

Istiadat perbarisan bermula jam 7.30 pagi membabitkan 38 pegawai dan 878 anggota merangkumi 12 kontinjen diketuai Komander Azmin Zar Abd Rashid.

Ia membabitkan panji-panji TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Pelandok, KD Malaya, KD Panglima Hitam, KD Rajawali dan KD Duyong.

Turut hadir, Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Zulkefli berkhidmat dalam pasukan tentera sejak 44 tahun lalu dan memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak Jun 2011.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor akan menggantikan Zulkifeli.

Berita Harian X