Jumaat, 18 November 2016 | 4:25pm

Panglima ATM dirai dalam istiadat perbarisan penghargaan

PANGLIMA Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (empat,kiri) bersama-sama pegawai tertinggi Tentera Darat sempena Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) hari ini.Turut hadir (dari kiri) Ketua Eksekutif MiDAS Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar, Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Jen Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Pengarah Perisikan Lt Jen Datuk Abdul Hadi Hussin, Panglima Medan Barat Lt Jen Datuk Zulkiple Kassim dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Lt Jen Datuk Dr Abdul Razak Mad Yusuf. - Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin yang akan bersara pada 16 Disember ini diraikan dalam Istiadat Perbarisan Penghargaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan TUDM, Subang, dekat sini.

Istiadat perbarisan membabitkan 15 pegawai dan 318 anggota lain-lain pangkat diketuai Left Kol Azril Omree Hasbullah daripada TUDM manakala Ajutan Perbarisan ialah Kapt Mohammad Afendie Mohammad Idir.

Ia membabitkan panji-panji skuadron TUDM iaitu No 3 Skn, No 11 Skn dan No 20 Skn.

Turut hadir, Panglima TUDM, Jen Tan Sri Roslan Saad, dan timbalannya, Left Jen Datuk Seri Affendi Buang serta Panglima Operasi Udara, Left Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Zulkifeli dalam ucapannya berkata, warga tentera udara hari ini memiliki nilai harga diri yang tinggi, rasa megah dan jati diri yang kukuh serta tidak goyah dengan anasir yang cuba mengganggu-gugat kestabilan dan keselamatan negara.

"Saya mengakui, warga tentera udara hari ini telah ditiupkan roh dan semangat pejuang yang rela mempertaruhkan kedaulatan tanah air yang diwarisi daripada nenek moyang sejak berkurun lamanya.

"Setelah menjangkau usia 58 tahun, tentera udara telah membuktikan keberadaannya sebagai sebuah pasukan keselamatan yang gah dalam mendukung peranan ATM sebagai tiang seri keselamatan negara," katanya.

Beliau turut berharap agar tentera udara terus kekal releven dan menjadi sebuah ketumbukan yang berprestij lagi cekap dalam mendukung wadah pertahanan dan kedaulatan.

Tampuk pemerintahan ATM yang diterajui Zulkifeli sejak lebih empat tahun lalu akan digalas Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bermula 16 Disember ini. - BERNAMA

Berita Harian X