Isnin, 7 November 2016 | 4:37pm

KBS usul tubuh universiti sukan pertama negara

MENTERI Belia dna Sukan, Khairy Jamaluddin. - Foto BERNAMA
MENTERI Belia dna Sukan, Khairy Jamaluddin. - Foto BERNAMA

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan akan mengusulkan cadangan penubuhan universiti sukan pertama di negara ini kepada jemaah menteri.

Tanpa memaklumkan bila usul itu akan dikemukakan, Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata cadangan itu dilihat sebagai tepat pada masa untuk dilaksanakan dalam usaha melahirkan lebih banyak atlet serta profesional dalam bidang sukan di negara ini.

"Saya setuju (penubuhan universiti sukan). Saya akan usulkan cadangan itu kepada jemaah menteri kerana universiti sukan adalah tepat pada masanya, namun bergantung kepada kemampuan kerajaan untuk menubuhkannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2017 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) yang bangun mencelah penggulungan itu berkata, sudah tiba masa kerajaan menubuhkan universiti sukan di negara ini.

Berita Harian X