Khamis, 20 Oktober 2016 | 1:37am

Raja Muda Perlis hadir pratonton kenamaan Ekspo Seni Malaysia

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) berkatakan sesuatu kepada pelukis 'Reach for Goals', Suzlee Ibrahim (kiri) ketika melawat Galeri Prima turut bersama Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohammad Azlan Abdullah (dua dari kiri) ,Datuk Irmohizam Ibrahim (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Dzulkifli Mahmud (tiga dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd (PDB), Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus (tiga kiri) di majlis pra tonton ekspo seni Malaysia Art Expo 2016. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, malam tadi, menghadiri majlis pratonton kenamaan Ekspo Seni Malaysia 2016 yang menjadi pentas pameran 300 artis seni dari seluruh negara di Pusat Konvensyen dan Pameran MATRADE (MECC), di sini.

Tuanku Syed Faizuddin turut menandatangani poster ekspo seni dan menyerahkannya kepada Pengasas Ekspo Seni Malaysia, Datuk Vincent Sim Tiak Choo.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Mohammad Azlan Abdullah; Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Mahadzir Lokman dan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Dzulkifli Mahmud.

Sementara itu, Tiak Choo dalam ucapan di majlis itu, berkata ekspo berkenaan adalah yang paling lama pernah dianjurkan di Asia Tenggara, malah dikenali ramai sebagai pentas untuk orang ramai mengamati karya seni secara percuma sejak ia diadakan pada 2007.

"Sudah 10 tahun pameran ini dianjurkan dan ia bukan sesuatu yang mudah, sebaliknya memerlukan komitmen tinggi untuk berdepan pelbagai cabaran dalam industri seni di Malaysia.

"Ia bukan usaha sia-sia kerana penganjuran Ekspo Seni Malaysia adalah pameran antarabangsa terbesar di negara ini, malah menyumbang kepada pembangunan industri seni," katanya.

Berita Harian X