Sabtu, 1 Oktober 2016 | 2:42pm

Percepat proses pemindahan sekolah Tamil

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan beramah mesra dengan peserta ketika menghadiri Larian Sambutan Ulang Tahun ke-200 Pendidikan Tamil di Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free di Georgetown, hari ini. - Foto Ramdzan Masiam

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa mengambil langkah segera berhubung cadangan pemindahan sekolah Tamil berhampiran penempatan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata kementerian belum menerima maklum balas kerajaan negeri berhubung perkara itu.

"Belum ada maklumat berhubung dana yang diperlukan untuk memulakan proses pemindahan sekolah itu.

"Itu adalah langkah pertama perlu diambil bagi memberi pendedahan kepada pelajar India mengenai bahasa Tamil, sekali gus menangani masalah kekurangan pelajar," katanya pada sidang media selepas menghadiri Larian Sambutan Ulang Tahun ke-200 Pendidikan Tamil di Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free di sini, hari ini.

Seramai 500 peserta merangkumi pelajar dan guru menyertai larian anjuran MIC dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pulau Pinang itu.

Berita Harian X