Selasa, 13 September 2016 | 8:46am

5 jemaah haji tidak dapat laksana wukuf

UMAT Islam dari seluruh dunia berhimpun di Arafah untuk berwukuf yang menjadi satu daripada rukun haji. - Foto AP
UMAT Islam dari seluruh dunia berhimpun di Arafah untuk berwukuf yang menjadi satu daripada rukun haji. - Foto AP

MAKKAH: Lima jemaah haji Malaysia tidak dapat melaksanakan ibadat wukuf berikutan masalah kesihatan yang serius.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata semua mereka berusia antara 39 tahun dan 87 tahun, membabitkan empat lelaki dan seorang wanita.

"Mereka mengalami masalah pernafasan dan pendarahan otak. Mereka kini menerima rawatan rapi di hospital Arab Saudi," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Syisyah, di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata, TH memberi jaminan semua pesakit itu akan diberikan keutamaan untuk mengerjakan ibadat haji sekali lagi pada masa hadapan.

Selain itu, Jamil Khir berkata, jumlah kematian jemaah haji negara yang direkodkan sehingga hari ini adalah 10 orang.

Daripada jumlah itu tujuh kematian itu berlaku di sini, dua ketika di Madinah, manakala seorang ketika di tanah air.

Katanya, kematian terbaharu dilapaorkan semalam membabitkan seorang lelaki yang meninggal dunia ketika mabit di Muzdalifah. - BERNAMA

Berita Harian X