Selasa, 16 Ogos 2016 | 6:50pm

SPAD perkenal sistem e-hailing

PENGERUSI Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Yazit Razali
PENGERUSI Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Semua perkhidmatan teksi di negara ini disaran menggunakan teknologi perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grabcar.

Ketetapan itu adalah antara inisiatif baharu menerusi Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini.

"Pemandu teksi boleh membuat pilihan sama ada mahu menggunakan sistem itu atau sistem meter seperti sebelum ini," katanya.

Menerusi sistem pajak seperti digariskan dalam TITP, katanya, SPAD memberi peluang kepada teksi individu keluar daripada sistem pajak dan memohon lesen individu.

Syed Hamid berkata, mereka akan diberi geran bantuan deposit RM5,000 berdasarkan kelayakan dan syarat tertentu seperti tidak mempunyai rekod jenayah.

"Dengan geran itu, mereka boleh membeli kereta sendiri dari jenis PERODUA Myvi atau PROTON Exora," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, geran berjumlah RM100 juta sudah diluluskan kerajaan bagi pelaksanaan sistem pajak itu.

Berita Harian X