Sabtu, 30 Julai 2016 | 3:34pm

TPM hadir rumah terbuka Aidilfitri UMNO Setiawangsa

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Setiawangsa, hari ini. - Foto Shiraz Ali
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Setiawangsa, hari ini. - Foto Shiraz Ali

KUALA LUMPUR: Roti goreng atau puri, buah mata kucing, karipap dan apam balik istimewa adalah juadah dinikmati Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Setiawangsa, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba kira-kira jam 12.10 tengah hari, meluangkan masa lebih setengah jam bersama kira-kira 2,500 hadirin di Laman Bestari AU3, Setiawangsa.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz; Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique; dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Shuib Ibrahim.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, turut dijadual menghadiri majlis.

Hadirin disajikan hidangan seperti mi rebus, nasi tomato, nasi lemak, lodeh, nasi himpit, apam balik dan sate.

Berita Harian X