Rabu, 27 Julai 2016 | 4:50pm

6 kes difteria di Pulau Pinang

TIMBALAN Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya ketika hadir merasmikan program Apa Kata Gen Y di Politeknik Balik Pulau di sini. - Foto Danial Saad
TIMBALAN Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya ketika hadir merasmikan program Apa Kata Gen Y di Politeknik Balik Pulau di sini. - Foto Danial Saad

GEORGETOWN: Enam kes difteria dilaporkan berlaku di Pulau Pinang, dengan satu kes di daerah Barat Daya, empat di Seberang Perai Utara dan satu di Seberang Perai Tengah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya, berkata daripada enam kes terbabit, hanya satu kes sahaja membabitkan kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun.

"Lima mangsa yang lain adalah orang dewasa. Daripada enam kes itu, tiga kes disahkan negatif manakala tiga kes lagi dalam proses pengesahan.

"Ketiga-tiga pesakit terbabit kini dirawat di wad isolasi Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya.

Hilmi berkata, sehingga kini pihaknya sudah mengadakan langkah kawalan termasuk mengenal pasti pihak yang berhubungan dengan pesakit secara terus.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada lagi kes baru membabitkan wabak difteria dilaporkan di Pulau Pinang.

Berita Harian X