Khamis, 9 Jun 2016 | 10:00pm

PM hadir majlis berbuka puasa di Sungai Besar

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (dua, kiri) beramah mesra bersama penduduk Sungai Besar pada Majlis Berbuka Puasa Perdana bersama Perdana Menteri di Masjid Ma'muniah Sungai Nipah hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor yang juga Pengerusi Barisan Nasional Selangor Tan Sri Noh Omar (berdiri, kiri). - Foto BERNAMA

SUNGAI BESAR: Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 rakyat Selangor di pekarangan Masjid Ma'muniah Sungai Nipah, Simpang Lima.

Perdana Menteri tiba di situ pada jam 7.05 malam bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketibaan Najib dan Rosmah disambut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Sebelum berbuka puasa, Perdana Menteri turut bersama-sama membaca tahlil dan doa selamat untuk Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang terkorban dalam insiden helikopter terhempas di Sarawak, April lalu.

Perdana Menteri bersama isteri kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama masyarakat di masjid berkenaan.

Najib turut menyampaikan bantuan kepada anak yatim, ibu tunggal serta golongan kurang kemampuan.

Perdana Menteri seterusnya menunaikan solat Isyak dan tarawih serta moreh di Masjid Al Mukmin, Tali Air 12, Sungai Nibong.

Berita Harian X