X
Sabtu, 21 Mei 2016 | 12:57am

Wartawan NST menang Hadiah Kajai

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Hadiah Kajai kepada wartawan New Straits Times, Farrah Naz Karim (kanan) dan Aliza Shah Muhammad Shah (tengah) pada Malam Wartawan Malaysia 2016 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Asyraf Hamzah
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Hadiah Kajai kepada wartawan New Straits Times, Farrah Naz Karim (kanan) dan Aliza Shah Muhammad Shah (tengah) pada Malam Wartawan Malaysia 2016 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) mengungguli Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI Petronas 2015 malam tadi, selepas menang tujuh hadiah yang dipertandingkan termasuk Hadiah Kajai.

BH merangkul hadiah kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang, Penulisan Rencana Cemerlang dan Infografik Terbaik.

Syed Azwan Syed Ali memenangi kategori Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang dan Azran Md Jaffar untuk Penulisan Rencana Cemerlang manakala Syahrull Sidek pula memenangi Infografik Terbaik.

Mereka menerima RM10,000, piala dan sijil.

Hadiah Kajai pula dimenangi wartawan New Straits Times (NST), Farrah Naz Abd Karim dan Aliza Shah Muhammad Shah menerusi laporan mengenai bahaya dan kesan perlombongan bauksit di Pahang.

Mereka menerima hadiah wang RM30,000, piala dan sijil. NST turut memenangi kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang menerusi kolum Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid sekali gus wang RM5,000,/sijil dan piala.

Laporan Berita Cemerlang turut dimenangi wartawan NST, A Tharanya dan Zafira Syamim Anwar, menerusi berita bertajuk Dailling in Millions, yang membawa pulang hadiah wang RM10,000, piala dan sijil.

Tharanya turut menerima hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail.

Anugerah Hadiah Kajai dan Anugerah Khas Juri yang diberikan kepada The Borneo Post disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut menyampaikan hadiah ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sementara itu, Abdul Jalil mengucapkan tahniah kepada semua pemenang hadiah kewartawanan terutama Farrah Naz dan Aliza kerana memenangi Hadiah Kajai dua tahun berturut-turut.

INFO:

Pemenang Hadiah Kajai

Farrah Naz Abd Karim dan Aliza Shah Muhammad Shah (NST)

Hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail

A Tharanya (NST)

Mohammed Shahril Sarapudin (RTM)

Laporan Berita Cemerlang

A Tharanya dan Zafira Syamim Anwar (NST)

Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang

S Arulldas dan Muhammad dan Sayuti Zainudin (Malay Mail)

Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang

Syed Azwan Syed Ali (BH)

Penulisan Rencana Cemerlang

Azran Md Jaafar (BH)

Penulisan Kolum/Rencana Pengarang

Datuk Abdul Jalil Hamid (NST)

Haresh Deol (Malay Mail)

Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang

Oh Ing Yeen (The Star)

Kewartawanan Foto Cemerlang

Zulkarnain Kamaruddin (BERNAMA)

Foto Esei Cemerlang

Azhar Mahfof (The Star)

Berita Video Terbaik

Salina Zakaria dan Mohd Rodzee HamAh (TV3)

Dokumentari Video Terbaik

Nur Wanah Kiramli (TV3)

Infografik Terbaik

Syahrull Sidek (BH)

Desain Halaman Pertama Terbaik

Zaharudin Mohamad (KOSMO!)

Laporan Portal Berita Terbaik

Soon Li Wei (BERNAMA)

Laporan Radio Terbaik

Muhammad Isa Ahmad Zubir (BERNAMA Radio)

Kartun Editorial Terbaik

Norkamaro Mohd Noor (Utusan Malaysia)

Berita Harian X