Jumaat, 20 Mei 2016 | 1:19am

Nenek, cucu ditemui rentung berpelukan

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di Kampung Contoh Petagas, malam tadi.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di Kampung Contoh Petagas, malam tadi.

PUTATAN: Seorang nenek berusia 86 tahun dan cucu perempuannya ditemui rentung berpelukan apabila terperangkap dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Contoh Petagas, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam jam 8.15 malam itu, mayat Kiah Awang, 86, dan Nurul Farhana Zulkifli, 15, ditemui bomba sejurus api dipadamkan.

Ketua Zon 1 Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Hamsa Isnurdinu, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.29 malam dan menghantar tiga jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang ke lokasi kejadian.

"Api dikawal sepenuhnya pada 9.10 malam dan pemeriksaan kemudian menemui dua mayat rentung dalam sebuah rumah yang terbakar," katanya.

ANGGOTA bomba membawa mayat rentung susulan kebakaran di Kampung Contoh Petagas, malam tadi.
ANGGOTA bomba membawa mayat rentung susulan kebakaran di Kampung Contoh Petagas, malam tadi.

Berita Harian X