Selasa, 17 Mei 2016 | 9:32pm

Perkhidmatan LRT pada tahap kecekapan 99.7 peratus

PERKHIDMATAN Transit Laju Ringan (LRT). - Foto Mohd Yusni Ariffin
PERKHIDMATAN Transit Laju Ringan (LRT). - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Laju Ringan (LRT) kini berada pada tahap kecekapan 99.7 peratus dan Pasarana Malaysia Berhad yang mengendalikan perkhidmatan itu sedang berusaha menambah baik lagi sistem berkenaan.

"Kami menghadapi kelewatan perkhidmatan kira-kira 0.3 peratus. Kami sedang berusaha menambah baiknya demi memenuhi tuntutan orang ramai," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz.

Bercakap kepada BERNAMA di luar Perhimpunan Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa ke-16 di sini hari ini, Azmi berkata masalah itu adalah akibat kerja-kerja menaik taraf dengan mengintegrasi set-set baharu tren ke dalam sistem.

Sebagai contoh, katanya, bagi landasan Ampang, syarikat itu perlu menyelaras tren-tren baharu ke dalam laluan perkhidmatan sedia ada tanpa banyak gangguan.

Prasarana pada Disember tahun lepas menaikkan struktur tambang LRT selepas lebih 10 tahun. - BERNAMA

Berita Harian X