Sabtu, 7 Mei 2016 | 6:01pm

3 jasad diterbangkan ke Semenanjung malam ini

ANGGOTA tentera dan Jabatan Pertahanan Awam mengusung mayat ketiga nahas helikopter di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching. - Foto BERNAMA
ANGGOTA tentera dan Jabatan Pertahanan Awam mengusung mayat ketiga nahas helikopter di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching. - Foto BERNAMA

KUCHING: Tiga jasad mangsa nahas helikopter di Sungai Batang Lupar akan diterbangkan serentak dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) malam ini.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar, berkata jenazah Ahmad Sobri Harun akan diturunkan di Kuala Terengganu manakala jasad Datuk Sundaran Annamalai akan diturunkan di Subang.

"Mengikut perancangan, pesawat akan berlepas pada jam 9 malam, tetapi ia bergantung kepada proses bedah siasat satu lagi mayat.

"Mayat ketiga ditemui tidak lama tadi kini dalam perjalanan ke sini (Kuching) dan apabila disahkan identiti, kita akan kenal pasti di mana ia akan diturunkan," katanya di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X