Khamis, 28 April 2016 | 9:42am

Najib bertemu penduduk di pekan Siburan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut calon Barisan Nasional (BN) Mambong, Dr Jerip Susil (kanan) ketika tiba di program sembang santai Perdana Menteri bersama komuniti dan ketua masyarakat cina Siburan di Pekan Siburan. - Foto Khairull Azry Bidin

KUCHING: Datuk Seri Najib Razak tiba di pekan kecil Siburan, di sini, pagi ini untuk menemui dan beramah mesra dengan penduduk menerusi program 'walkabout' sempena lawatannya ke bandar raya ini.

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira jam 9.15 pagi disambut oleh calon Barisan Nasional (BN) Mambong, Dr Jerip Susil, yang kemudian mengiringinya ke Dewan Masyarakat Siburan untuk menghadiri program sembang santai bersama penduduk.

Najib turut bersarapan pagi bersama ketua masyarakat setempat sebelum menyampaikan ucapan ringkas di hadapan kira-kira 1,000 penduduk Siburan yang hadir pada program berkenaan.

Sejurus selesai program di Dewan Masyarakat Siburan, Perdana Menteri meneruskan lawatan ke Klinik Kesihatan Siburan dan 'walkabout' di sekitar pekan.

Berita Harian X