Ahad, 24 April 2016 | 8:25am

Jerebu semakin reda kerana hujan pagi ini

KEADAAN jerebu berkurangan. - Foto Hafiz Sohaimi
KEADAAN jerebu berkurangan. - Foto Hafiz Sohaimi

KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang mula menurun, sejak jam 6 pagi tadi apabila hujan di kebanyakan kawasan sekitar daerah berkenaan.

Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan, IPU tidak sihat yang dicatatkan Pelabuhan Klang sejak semalam berkurangan kepada 101, berbanding 112 lewat petang semalam.

IPU di Ipoh, Melaka dan Petaling Jaya turut kembali reda akibat hujan sejak jam 5 pagi tadi.

Sementara itu, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan bacaan IPU sederhana, iaitu antara 51 hingga 100, setakat jam 7 pagi tadi.

Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) pula melaporkan jumlah titik panas yang dikesan di Pahang, menurun kepada empat, setakat jam 7 pagi tadi, berbanding 12 semalam.

Berita Harian X