Ahad, 10 April 2016 | 11:49am

Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP sertai larian IJN

PESERTA yang mengambil bahagian pada larian 'Run For Your Heart' anjuran IJN di Taman Botani Negara, Shah Alam, hari ini. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PESERTA yang mengambil bahagian pada larian 'Run For Your Heart' anjuran IJN di Taman Botani Negara, Shah Alam, hari ini. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

WAN Abdillah (belakang, dua kiri) bergambar bersama Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP6 di Taman Botani Negara, di Shah Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
WAN Abdillah (belakang, dua kiri) bergambar bersama Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP6 di Taman Botani Negara, di Shah Alam. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

SHAH ALAM: Seramai 22 ahli Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP menyertai kira-kira 3,000 peserta larian 'Run For Your Heart' anjuran Institut Jantung Negara (IJN) di Taman Botani Negara, di sini, yang bermula seawal jam 7 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Pemasaran NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi, berkata penyertaan berkenaan adalah sebagai tanda sokongan penuh terhadap program yang dijalankan IJN.

"Media Prima-NSTP menjalinkan kerjasama dengan IJN sejak 2009 terutama dalam penganjuran program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, sehingga kini, seramai 150 kakitangan syarikat menjadi ahli Briged Sukarelawan Media Prima-NSTP yang menjalankan kerja amal serta tanggungjawab sosial di seluruh negara.

Berita Harian X