Sabtu, 2 April 2016 | 11:44am

Najib hadiri Program Sejiwa Senada 2016

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hadir pada Program Sejiwa Senada di Stadium Limbang, hari ini. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem hadir pada Program Sejiwa Senada di Stadium Limbang, hari ini. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

LIMBANG: Lebih 15,000 penduduk Limbang menyambut kehadiran Datuk Seri Najib Razak pada Program Sejiwa Senada 2016 di Stadium Limbang, di sini sebentar tadi.

Perdana Menteri yang diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg juga tidak melepaskan beramah mesra bersama rakyat.

Pada majlis yang sama, Najib turut dijadual menyampaikan sijil pelantikan ketua kaum, menyerahkan Warta Rizab Komunal Bumiputera Sekysen 6, Kanun Tanah Negeri di Bahagian Limbang.

Ia sebahagian daripada atur cara bersempena siri lawatan kerja ke-49 Najib ke negeri ini sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Berita Harian X