Khamis, 31 March 2016 | 5:16pm

Tun M letak jawatan Pengerusi PROTON, Lotus Plc

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto AFP
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto AFP

SUBANG JAYA: PROTON Holdings Bhd mengumumkan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusinya, berkuat kuasa serta-merta.

Susulan itu juga, bekas Perdana Menteri itu turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Group Lotus Plc, anak syarikat milik penuh PROTON.

Dalam satu kenyataan Pejabat Dr Mahathir petang ini, beliau berkata, surat peletakan jawatannya itu sudah dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar, semalam.

Beliau turut melepaskan jawatan sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas berkuat kuasa semalam, selain meletakkan jawatan sebagai penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan penasihat Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

Ketua Setiausaha Negara sudah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan berkenaan, kata kenyataan itu.

Berita Harian X