Isnin, 28 March 2016 | 12:37pm

Yang di-Pertuan Agong rasmi Aman Central

TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah (kanan) berkenan merasmikan Kompleks Membeli-belah Aman Central hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (kiri) dan Pengarah Urusan Belle View Datuk Sunny Ho. - Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, sebentar tadi berkenan menyempurnakan perasmian Aman Central, kompleks beli-belah terbesar di Kedah, selaku mercu tanda baharu negeri ini.

Ketibaan baginda kira-kira jam 11 pagi tadi diiringi Pengarah Urusan Belleview Group yang juga pemilik Aman Central, Datuk Sonny Ho.

Turut berangkat, Tunku Temenggong Kedah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sempena perasmian itu, Tuanku Abdul Halim turut berkenaan menandatangani plak perasmian dengan disaksikan Ho dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ho berkata, Aman Central dibangunkan Belleview Group di atas tanah seluas 11.6 hektar, mula beroperasi pada 1 Oktober lalu dengan rekod penerimaan kira-kira sejuta pengunjung sebulan.

Berita Harian X