Jumaat, 26 Februari 2016 | 7:49pm

Keputusan SPM diumum Khamis ini

KEPUTUSAN SPM 2015 akan diumum Khamis ini, pada jam 9 pagi dan calon boleh dapatkan keputusan dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi. - Foto hiasan/Luqman Hakim Zubir
KEPUTUSAN SPM 2015 akan diumum Khamis ini, pada jam 9 pagi dan calon boleh dapatkan keputusan dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi. - Foto hiasan/Luqman Hakim Zubir

PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 akan diumum Khamis ini, pada jam 9 pagi dan calon boleh dapatkan keputusan dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi. Sementara itu, calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Kementerian Pendidikan turut menyediakan khidmat semakan keputusan SPM menerusi mySMS 15888 dengan menaip SPM (jarak) nombor kad pengenalan (jarak) angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula jam 10 pagi 3 Mac ini dan akan ditamatkan pada jam 11.59 malam 9 Mac ini.

Pada 2015, 440,682 calon menduduki peperiksaan SPM di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama, manakala 9,785 adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan, umpamanya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Selain itu 7,796 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (12,216 calon), persendirian (29,799 calon), manakala baki 1,647 adalah calon Sekolah Menengah Agama Rakyat.

Berita Harian X