Jumaat, 26 Februari 2016 | 5:19pm

Laluan khas untuk lori angkut bauksit

MENTERI Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (kiri) membuat lawatan ke kawasan pengumpulan bauksit di Pelabuhan Kuantan. - Foto Farizzul Hafiz Awang

SEPANG: Kerajaan negeri perlu mewujudkan jalan khas dari Bukit Goh ke Pelabuhan Kuantan di Pahang bagi mengangkut bauksit bagi mengelakkan pencemaran teruk di kawasan persekitaran.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata cadangan berkenaan sudah dipersetujui oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, dalam lawatan ke kawasan pelabuhan berkenaan tempoh hari.

"Walaupun diwujudkan laluan khas, lori berkenaan masih perlu mematuhi had laju yang ditetapkan iaitu 60 kilometer sejam.

"Jika pemandu lori tidak mematuhi had yang ditetapkan ini, berkemungkinan pencemaran akibat bauksit tetap akan berlaku," katanya pada sidang media mengumumkan Status Pelaksanaan Moratorium Ke Atas Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit di Pahang, di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X