Khamis, 7 Januari 2016 | 3:28pm

Kontrak Ketua Pengarah DBP tamat hujung bulan ini

KETUA Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Awang Sariyan pada sidang media Ekspresi Puisi Dunia Numera 2016 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. - Foto Muhd Asyraf Sawal
KETUA Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Awang Sariyan pada sidang media Ekspresi Puisi Dunia Numera 2016 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. - Foto Muhd Asyraf Sawal

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan akan menamatkan tugasnya pada 31 Januari ini selepas kontraknya tidak lagi disambung.

Awang berkata, walaupun akan meninggalkan DBP akhir bulan ini, beliau akan terus berjuang mengenai soal bahasa dan sastera, sekali gus tidak akan berdiam diri dalam isu berkenaan.

Awang yang memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah pada 1 Januari 2012 dikenali sebagai pakar linguistik dan pernah bertugas di pelbagai universiti di negara ini seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM), selain pernah menduduki Kursi Pengajian Melayu Malaysia China di Beijing Foriegn Studies University (BFSU) selama empat tahun.

Sebelum ini, jawatan Ketua Pengarah DBP disandang oleh Datuk Termuzi Aziz selama empat tahun bermula tahun 2009 yang menggantikan Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Dalam perkembangan lain, Awang berkata Program Dwibahasa (DLP) yang diperkenalkan di sekolah mulai sesi pembelajaran tahun ini memerlukan kajian semula kerana melanggar suara rakyat seperti yang diperuntukkan oleh Akta DBP 1959.

Berita Harian X