Isnin, 4 Januari 2016 | 9:21am

Kamalanathan lawat SK Taman Klang Jaya

TIMBALAN Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Klang Jaya, Klang sempena hari pertama sesi persekolahan 2016. **110883
TIMBALAN Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Klang Jaya, Klang sempena hari pertama sesi persekolahan 2016. **110883

KLANG: Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan, melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Klang Jaya, di sini, sempena hari pertama sesi persekolahan 2016, pagi ini.

Beliau yang tiba jam 7.30 pagi, turut mengikuti sesi perhimpunan sekolah itu. Hadir sama, Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor dan Guru Besar SK Taman Klang Jaya, Ahmad Fuad Abdul Rani.

Ketika berucap, Kamalanathan berkata, seramai 91,509 murid Tahun 1 mendaftar pada sesi persekolahan bagi tahun 2016 di Selangor dan jumlah itu akan bertambah berikutan ada ibu bapa mendaftar pada hari pertama persekolahan.

"Sepatutnya, pada zaman teknologi canggih, perkara seperti ini tidak berlaku kerana mereka (ibu bapa) boleh mendaftar secara atas talian.

"Mungkin atas beberapa sebab, mereka tidak dapat mendaftarkan anak mereka dan menunggu hari persekolahan dibuka," katanya.

Berita Harian X