Khamis, 31 Disember 2015 | 4:42pm

Tutup laluan di ibu negara pada malam tahun baharu

KUALA LUMPUR: Polis akan menutup beberapa laluan sekitar ibu negara sempena sambutan ambang tahun baru, yang akan diadakan malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata penutupan akan bermula jam 9 malam ini dan semua laluan akan dibuka semula tepat jam 8 pagi esok.

"Penutupan jalan lokasi pertama membabitkan Jalan Sultan Ismail bermula di persimpangan Jalan Imbi - Jalan Sultan Ismail (berhampiran Hotel Park Royal) sehingga ke persimpangan Jalan Raja Chulan-Jalan Sultan Ismail (berhampiran Hotel Istana).

"Lokasi kedua pula membabitkan Jalan Bukit Bintang di susur masuk Jalan Raja Chulan ke Jalan Bukit Bintang (berhampiran Pasaraya Pavilion) sehingga ke persimpangan Jalan Bukit Bintang-Jalan Sultan Ismail (berhampiran Pasaraya Lot 10)," katanya menerusi satu kenyataan media, tadi.

Katanya, penutupan jalan terpaksa dilakukan bagi memudahkan orang ramai yang akan ke ibu negara untuk acara itu.

Berita Harian X