Ahad, 13 Disember 2015 | 9:47pm
SEBAHAGIAN daripada orang ramai menunggu ahli keluarga berikutan banyak penerbangan lewat tiba dari jaual asal dipercayai akibat cuaca buruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Cuaca buruk jejas operasi pesawat di KLIA, klia2

SEBAHAGIAN daripada orang ramai menunggu ahli keluarga berikutan banyak penerbangan lewat tiba dari jaual asal dipercayai akibat cuaca buruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
SEBAHAGIAN daripada orang ramai menunggu ahli keluarga berikutan banyak penerbangan lewat tiba dari jaual asal dipercayai akibat cuaca buruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

SEPANG: Empat penerbangan yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, petang tadi terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang lain berikutan cuaca buruk.

Jurucakap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata, dua pesawat terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), manakala dua lagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

"Selain itu, satu pesawat dari Pulau Pinang terpaksa berpatah balik ke LTAPP kerana masalah sama," katanya.

Tambahnya, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pula terdapat 12 penerbangan ditunda untuk ketibaan dan tujuh untuk pelepasan.

"Namun, kami tidak mempunyai maklumat mengenai pesawat yang terbabit," katanya.

Berita Harian X