Isnin, 2 November 2015 | 11:26am
PELAJAR di SMK Seri Ampang berdoa sebelum mula menjawab soalan SPM di Ipoh, hari ini. - Foto Mohd Nazrulaswad
PELAJAR di SMK Seri Ampang berdoa sebelum mula menjawab soalan SPM di Ipoh, hari ini. - Foto Mohd Nazrulaswad

35,524 calon SPM di Kedah

AZUYAH (tengah) membantu Muhammad Amiruddin Abdullah yang mengalami ketumbuhan pada muka dan kanser tulang kaki untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul, Alor Setar. - Foto Sharul Hafiz Zam

ALOR SETAR: Seramai 35,524 calon menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 279 pusat peperiksaan di Kedah yang bermula pagi tadi hingga 8 November ini.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datin Azuyah Hassan, berkata 84 daripadanya adalah calon cacat berdaftar, 50 calon berkeperluan khas dan 13 calon hospital.

Beliau berkata, 30,336 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), 1,171 Maktab Rendah Sains Mara (MARA) dan Pusat Giat Mara, Sekolah Menengah Agama Negeri (335); sekolah swasta berdaftar dengan KPM (389), calon persendirian (2,127) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (1,166).

"Kita menyediakan seramai 2,191 petugas peperiksaan, 19 buah bilik kebal dan sebuah bilik keselamatan bagi SPM kali ini," katanya selepas melawat calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Malik, di sini, pagi ini.

Berita Harian X