Sabtu, 28 November 2015 | 6:28pm

Kerajaan perlu tegas memuktamadkan isu bahasa di sekolah - Rais

PENASIHAT Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
PENASIHAT Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

PETALING JAYA: Kerajaan diminta bertegas dalam memuktamadkan sebarang keputusan berhubung pertukaran dasar dalam sistem pendidikan negara, termasuk isu bahasa di sekolah.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata pertukaran dasar tidak boleh berubah mengikut musim selain ia dibimbangi boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

"Sudah sampai masanya kerajaan menunjukkan ketegasan, sama ada nak meneruskan dasar lama atau dasar baharu. Kita tidak harus menukar dasar setiap kali musim berubah.

"Soal bahasa, tidak boleh ditukar terumbang ambing...bagi saya mudah, bahasa ilmu mesti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa perantaraan adalah bahasa kebangsaan, bahasa komersial pula adalah Bahasa Melayu dan Inggeris," katanya.

Rais mengulas desakan lebih dua juta aktivis dari 34 badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang mendesak penangguhan atau pemansuhan Program Dwibahasa (DLP) yang akan dilaksanakan dalam sistem pendidikan sekolah bermula Januari depan.

Menerusi DLP, program di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), pihak sekolah dibenarkan mengajar subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam Bahasa Inggeris.

Rais berpendapat dasar yang telah wujud tidak perlu diubah semata-mata orang ramai berbahasa Inggeris.

Mengenai buku yang ditulis bekas Menteri Luar Singapura itu, Rais berkata ia melunaskan banyak peristiwa berkaitan hubungan Malaysia dan Singapura termasuk kes Batu Putih. BERNAMA

Berita Harian X