Khamis, 1 Oktober 2015 | 1:17pm

Zoo Negara nafi harimau mati ditembak

PENGARAH Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr Mat Naim Ramli. - Foto Asyraf Hamzah
PENGARAH Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr Mat Naim Ramli. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Zoo Negara menafikan bahawa seekor harimau belang jantan di zoo berkenaan ditembak sehingga mati.

Pengarah Zoologi dan Veterinar, Pusat Konservasi Panda Gergasi, Dr Mat Naim Ramli berkata berita yang menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp itu tidak patut dijadikan bahan jenaka.

"Dengan penyebaran berita palsu yang tersebar luas bermula semalam, pihak kami telah dihujani pelbagai pertanyaan dan ketakutan dari pihak awam," katanya.

Beliau berkata Zoo Negara sentiasa memastikan kawasan dan persekitaran zoo sentiasa dalam keadaan selamat untuk orang ramai berkunjung.

Aplikasi itu menyebut kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi dan saksi di tempat kejadian mendakwa harimau berkenaan berkeliaran di kawasan zoo dalam keadaan lapar sebelum ia ditembak oleh polis. - BERNAMA

Berita Harian X