Selasa, 25 Ogos 2015 | 9:40pm

Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam, Kuala Langat

SHAH ALAM: Beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam telah dan akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual serta tekanan air rendah berikutan paip daripada jenis keluli lembut di persimpangan lampu isyarat Bukit Raja, Klang, dilaporkan pecah pada 4 pagi tadi.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Priscilla Afred, dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata kerja-kerja pembaikan paip siap dijalankan pada pukul 4 petang tadi.

"Kelewatan adalah disebabkan kerja-kerja mengeringkan kawasan paip pecah itu mengambil masa lama sebelum kerja-kerja pembaikan dapat dijalankan. Bekalan air telah disambung semula kepada pengguna yang terjejas dan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang terlibat adalah secara berperingkat," katanya.

Beliau berkata, antara kawasan terlibat ialah Pandamaran, Taman Orkid, Pandamaran Jaya, Jalan Kota Raja, Taman Pandamaran Permai, Jalan Raja Jumaat, Teluk Gadong, Pejabat Tanah, Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Syabas Klang, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Tengku Badar, Jalan Istana, Kampung Baru Pandamaran, Jalan Tengku Kelana, Bandar Klang, Jalan Stesen, Taman Eng Ann, Bukit Jati, kesemuanya di Klang dan Stesen Minyak Petron dan Shell di Seksyen 7, Shah Alam.

Dalam perkembangan lain, Priscilla memaklumkan, kerja-kerja berjadual menaik taraf sistem bekalan air melibatkan beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat bermula 9 malam semalam sehingga 1 petang tadi, telah siap sepenuhnya mengikut jadual.

Bagaimanapun, katanya, kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual ini masih terus mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah disebabkan kawasan ini turut menerima bekalan air daripada jajaran paip 700mm yang telah pecah.

Antara kawasan terlibat di Klang dan Shah Alam ialah Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Stesen, Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, Glenmarie Cove, Kampung Sungai Udang, Ambang Botanik, Jalan Sungai Bertik, Bandar Parklands, Jalan Teluk Pulai, Taman Bayu Perdana, Jalan Teluk Gedung Kecil, Bandar Puteri, Jalan Tepi Sungai, Bandar Puteri 2, Jalan Raya Barat, Kota Pendamar, Kampung Raja Uda, Pulau Indah Fasa 1 & 2, Jalan Kastam, keseluruhan Kampung Pulau Indah, Kampung Delek Baru, Jalan Seri Sarawak 14-21 dan Jalan Tengku Kelana.

Kampung Telok Gong, Jalan Tengku Diaudin, Taman Armada Putera, Jalan Dato Hamzah, Port Klang Free Zone (PKFZ), Jalan Padang, Bandar Bestari Jaya, Lorong Tingkat, Taman Rakyat Andalas, Lorong Rembau, Taman Andalas Permai, Jalan Tengku Badar, Laguna Park, Jalan Kota, Glenn Cruise, Jalan Yadi, Westport, Bandar Botanik, Taman Selatan, Teluk Pulai, Jalan Istana, Taman Teluk Gedung Indah, Bukit Tinggi 1 dan 2, Pulau Ketam, Bayu Emas, Taman Chi Liung dan Palm Grove.

Sementara bagi Kuala Langat, kawasan terlibat ialah Batu 7 dan Batu 8 Sijangkang, Batu 9 Kampung Medan, Taman Desa Sijangkang, Taman Riveria Perdana, Taman Sijangkang Indah, Taman Permai Sijangkang, Taman Medan Indah, Taman Perwira, Taman Sijangkang Jaya dan Taman Sri Medan, katanya.

Priscilla berkata, pengguna boleh mengakses terus maklumat terperinci berhubung status bekalan air di kawasan masing-masing melalui aplikasi mySYABAS yang boleh dimuat turun ke telefon pintar menggunakan Google Playstore dan Appstore.

- BERNAMA

Berita Harian X