Jumaat, 17 Julai 2015 | 3:05pm

Sultan Selangor tunai solat Aidilfitri bersama lebih 10,000 jemaah

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bersalaman dengan orang ramai selepas selesai menunaikan solat sunat aidilfitri di Masjlid Sultan Shalahuddin Abdul Aziz Shah. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. - Foto Roslin Mat Tahir.

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi tadi.

Baginda diiringi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Yunus Hairi.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Samad,; Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd Adzib Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.

Khutbah Aidilfitri bertajuk Aidilfitri Yang Diberkati, dibacakan Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid di hadapan kira-kira 10,000 jemaah.

Selepas solat sunat kira-kira jam 8.15 pagi itu, baginda berkenan bersalaman dengan jemaah.

Solat sunat Aidilfitri di Selangor dijalankan pada jam 8.15 pagi berikutan 1 Syawal jatuh pada Jumaat, bagi membolehkan umat Islam mempunyai lebih masa untuk berkunjung ke rumah sanak-saudara selain solat Jumaat hari ini tidak terganggu.

Berita Harian X